django dan mysql.sock

Semasa bermula mempelajari django, masalah pertama yang saya hadapi ialah setup database pada file settings.py. Saya menggunakan MySql server yang di-install bersama xampp (http://apachefriends.org). Xampp mempunyai configuration sendiri yang cuba memastikan kesemua file xampp berada pada satu folder (kebiasaannya /opt/lampp pada linux dan c://xampp untuk windox). File-file ini termasuklah file setting untuk MySql. Kebiasaan linux, mysql.sock berada pada /var/run/mysqld/mysqld.sock dan terdapat library/framework mencari file mysql.sock ini di lokasi /tmp/ ini.

Xampp menyimpan file mysql.sock pada /opt/lampp/var/mysql/mysql.sock jadi kita perlu memberitahu django untuk mencari file mysql.sock di sana. Caranya mudah sahaja iaitu dengan membuka settings.py dan meletakkan DATABASE_HOST = ‘/opt/lampp/var/mysql/mysql.sock’.

Apabila anda memulakan aplikasi django ini, sepatutnya tiada masalah timbul.

There are no responses yet

Leave a Reply

RSS for Posts RSS for Comments